06 May 2015

Kasih diterima

Malam ni je aku nak gembira.

Dalam resah aku lihat kau bersama dia, dalam keraguan aku melihat pandangan matanya, dalam kesedihan aku melihat kemesraan kau dengannya, aku terimbas kembali. 

Aku teringat bagaimana dalam diam kau cuba menolong aku. Mungkin barangkali sesiapa sahaja kau akan bantu. Sesiapa sahaja kau layan begitu. Tapi terima kasih untuk segalanya. Bermula dari tali hiasan yang perlu diikat di penjuru atas khemah, ke meja yang seberat-berat kekuatan lelaki sehingga mengangkat sebuah plastik berisikan berkotak-kotak pizza, terima kasih.

“Emm..... Sini lah...”
“Sinilah tolong angkat.”
Hulur tangan.
“Takpelah”
“Takpe ke?”
“Takpe.”
Senyum.

Biarlah semua persoalan tak terjawab. Malam ini, hati aku berdegup kencang,  senyumku tak tertahan. Walau nama aku masih tidak dikenali.. Aku sudah cukup bersenang hati.