Update: Mummy nak awak kawan je dgn dia. Maksud Mummy kawan tu mmg betuul2 kawan. Bukan "saya awak", "abang sayang"
06 June 2015
Dari Mummy #1
Tahu tak, Mummy kalau boleh taknak awak bercinta pun. Mummy taknak awak bergelumangan dengan dosa. Mummy nak awak ikut syarak. Boleh kalau awak nak sukakan seseorang kerana perasaan itu fitrah manusia dan perasaan itu juga datang dari Allah. Sebenarnya itu ujian Allah, nak tengok sama ada kita sayang Dia atau tak. Perasaan suka ni kalau tak dikawal boleh membawa kita ke arah maksiat. Kalau awak sayang Allah, awak jauhi maksiat tu. Macam mana? Kalau awak sukakan seseorang, awak mengadu pd Dia. Berdoa, kalau si dia terbaik untk aku, maka satukan kami dalam keredhaanMu. Kalau dia mula menyentuh awak, kamu berdua mendekati zina dan zina itu adalah dosa besar. Allah murka. Allah benci orang yan berzina. Kenapa zina tak boleh? Zina boleh mendatang penyakit yang memudaratkan. Bukan fizikal, juga emosi. Zina juga menghitamkan hati kita dan menjadikan kita sebahagian golongan jahiliyah. Itu juga tanda lelaki itu hanya pandang awak dgn pandangan nafsu dan dia tak menghormati maruah awak. Sebab tu, Mummy menghalang awak bercinta dgn dia sbb Mummy nak halang awak dari membuat maksiat. Kalau Munmy tak halang, dosa bukan sahaja melekat ke awak, malah Mummy dgn Daddy pun mendapat saham dosa. Bila kita dihitung amalan, dosa dan pahala, awak yang akan tarik Mummy, Daddy, dgn semua keluarga kita ke Neraka. Mummy taknak mcm tu. Mummy nak kita kejar syurga Allah. Awak faham? Selagi tiada ikatan sah, awak simpan perasaan tu. Beritahu Mummy atau Allah. In shaa Allah, kalau itu jodoh terbaik awak, Allah akan pasti satukan, ya sayang? Percaya pada Allah.